Sabtu, 30 Maret 2013

Pertumbuhan Penduduk


Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh.

Kadar pertumbuhan penduduk manusia

Kadar pertumbuhan penduduk manusia seluruh dunia terus menurun sejak memuncak pada tahun 1962 dan 1963 pada kadar 2.20% setahun. Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan adalah 1.19% setahun. Seratus tahun yang lalu telah memperlihatkan pertumbuhan penduduk yang pesat disebabkan kemajuan perubatan dan pertambahan daya pengeluaran pertanian secara mendadak hasil Revolusi Hijau.
Pertumbuhan bilangan manusia tahunan sebenar jatuh dari kemuncak 87.8 juta pada tahun 1989, ke paras 74.6 juta pada tahun 2003, selepas itu naik ke paras 77.0 juta pada tahun 2009. Pertumbuhan penduduk masih tinggi terutamanya di Timur Tengah dan Afrika Sub-Sahara, begitu juga di Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin.
Sesetengah negara mengalami pemerosotan jumlah penduduk, terutamanya di Eropa Timur (disebabkan kadar kesuburan rendah dan penghijrahan). Di Selatan Afrika, pertumbuhan penduduk terbantut kerana banyaknya kematian akibat HIV. Sesetengah negara Eropa Barar turut mengalami penurunan jumlah penduduk. Bilangan penduduk Jepun juga mula menurun pada tahun 2005

Pertumbuhan berlebihan dan penurunan

Bilangan penduduk yang melebihi keupayaan tampung sesebuah kawasan atau persekitaran menimbulkan masalah penduduk berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan penduduk atau penurunan muatan kawasan tersebut. Pertambahan penduduk manusia secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pencemaran dan kesesakan lalu lintas, yang boleh diburukkan lagi ataupun dipulihkan oleh perubahan teknologi dan ekonomi. Begitu juga, sesebuah kawasan mengalami kekurangan penduduk jika bilangan penduduknya tidak cukup untuk menampung sistem ekonominya (rujuk penurunan populasi).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar